FAQ

1. Apakah Playgroup @ GBOB ?
Playgroup @ GBOB adalah satu program yang direka khusus untuk bayi baru lahir  (New Born) sehingga kanak-kanak berusia 4 tahun. Ia merupakan satu sessi “bermain sambil belajar” yang tidak formal bagi bayi dan kanak-kanak ini agar mereka menjadi bayi dan kanak-kanak yang riang, tidak kekok untuk bersosial dan berkawan dengan rakan sebaya, bersedia menghadapi dunia baru disamping meningkatkan kemahiran motor kasar & halus serta pengukuhan otak kanan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan setiap minggu.

Bukan itu sahaja, Playgroup ini juga merupakan medan untuk anda dan anak-anak membina hubungan yg erat dan memahami dunia mereka. Selepas puas bekerja mencari rezeki dan meninggalkan anak dirumah/ nurseri selama 5 hari, Playgroup ini adalah salah satu cara untuk anda “menebus” masa-masa berharga dengan anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang lebih santai dan berfaedah.

2. Berapa Peringkat @ Stage yang ada di Playgroup @ GBOB?
Terdapat 4 peringkat @ Stage yang ada di GBOB. Berikut adalah maklumatnya:

Stage 1 (NB- 6 Bulan)
Stage 2 ( 6-12 Bulan)
Stage 3 ( 12-18 Bulan)
Stage 4 ( 18 bulan – 4 tahun)

Photobucket
 Kelas Stage 1 (New Born-6 months)
Kelas Stage 2 (6 – 12 months)
Kelas Stage 3 (13 – 18 months)
Kelas Stage 4 (18 months – 4 years)
Art Area

3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 1 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 1 ( NB-6 bulan), kami menekankan tentang stimulasi terhadap kelima-lima deria bayi dengan pelbagai caraPeringkat ini merupakan satu peringkat yang kritikal dalam kehidupan seseorang bayi, sayangnya ia jarang dititik beratkan. Bayangkan, anak anda berada di dalam perut, dengan penuh keselesaan tanpa gangguan selama 9 bulan 10 hari, dan secara tiba-tiba, keluar menghadapi dunia baru yang sungguh asing dan baru. Mereka memerlukan sokongan yang kuat dan meyakinkan dari ibu bapa, dan mereka perlu merasa selamat setiap masa. Bukan itu sahaja, mereka juga mesti belajar menggunakan kesemua deria yang ada dalam waktu yang sama. Ia bukan sesuatu yang mudah. Kerana itu, sokongan dan stimulasi adalah sangat penting untuk diberikan kepada bayi ini dan stimulasi yang terbaik adalah dari para ibu bapa itu sendiri dan bukan orang lain. :)

 Photobucket

 

Pihak kami juga menekankan right brain method di mana kami mengajar anak anda mengukuhkan penggunakan otak kanan dalam stage ini. Ia merupakan sessi yang rutin setiap minggu yang akan pihak kami lakukan. Kami menggunakan produk Little Reader dalam mengajar bayi anda “membaca” dan selain dari kad imbas, terdapat beberapa lagi kad stimulasi yang akan di gunakan dalam sessi ini. Selain dari itu, Stage 1 ini juga akan mengandungi diskusi antara para ibu bapa setiap minggu bagi berkongsi pengalaman dan menambah pengetahuan.

Stage 1 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 2 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 2 (6-12 bulan), kami akan terus mengambangkan kemahiran motor halus dan motor kasar anak melalui pelbagai aktiviti yang dilakukan selain terus menekankan stimulasi terhadap kelima-lima deria anak. Peringkat ini merupakan satu peringkat di mana anak sudah mula takut dengan orang yang tidak dikenali, dan ingin selalu berdamping dengan ibu atau bapa, maka dengan adanya kelas Playgroup ini, anak anda akan diasuh untuk menjadi lebih berani, pandai bersosial dan berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan menjadi bayi yang gembira @ happy baby. Selain itu, dalam Stage 2 ini juga, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk menggalakkan anak merangkak dan meneroka persekitaran stimulasi yang ada disekeliling mereka. Terdapat juga Sessi untuk mengukuhkan otak kanan mereka setiap minggu. 

Stage 2 ini akan mengambil masa 45 minit untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

 

3. Apakah aktiviti yang ada di Stage 3 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 3 (12-18 bulan), anak anda sudah mula pandai bertatih dan ada yang sudah mahir berjalan. Mereka suka meneroka persekitaran yang baru dan cuba menggunakan kaki dan tangan mereka dengan maksimum. Kelima-lima deria mereka juga semakin aktif dan dalam tempoh ini, anda mungkin mula merasakan yang anak anda terlalu aktif, kurang fokus dan tidak dapat duduk diam dalam tempoh waktu yang lama. Dalam program yang kami jalankan ini, anak anda akan dilatih dalam suasana yang menyeronokkan, aktif dan penuh dengan pelbagai aktiviti tanpa henti untuk meningkatkan motor kasar mereka. Ia agak memenatkan bagi ibu / penjaga tetapi amat “happening” untuk anak-anak. Dalam masa yang sama, anak anda akan belajar untuk berkongsi dengan kawan-kawan sedikit demi sedikit dan terdapat satu slot khas untuk meningkatkan fokus dan konsentrasi anak serta motor halus mereka yg berasaskan kaedah Montessori yang dinamakan “Montessori Moment”

 

Stage 3 ini akan mengambil masa 45 minit - 1 jam untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

4. Apakah aktiviti yang ada di Stage 4 dan tempoh masa untuk satu-satu sessi itu?
Untuk Stage 4 (18 bulan – 4 tahun) pula, kami menggunakan Khalifah Method dalam semua modul-modul kami. Terdapat 7 Module Berstruktur yang jumlahnya adalah 68 minggu kesemuanya. alam modul-modul GBOB, kami menekankan akidah ketuhanan yang satu melalui lagu-lagu, nursery rhyme, dan story telling time dengan pendekatan yang santai dan menyeronokkan. Ia bagi menjana kanak-kanak Muslim yang kompeten dan berdaya saing dalam suasana yang penuh harmoni dan saling hormat-menghormati. Sessi Playgroup ini terdiri dari beberapa segmen-segmen tertentu dan menggunakan alat bantu mengajar yang banyak dan pelbagai bagi menjadikan sessi Playgroup ini lebih menarik dan berkesan. Ia meningkatkan skill anak dan cara fikir anak anda dalam banyak perkara, meningkatkan konsentrasi, daya saing, pergaulan sosial, sharing & taking turn dan banyak lagi. 

Kami mempunyai beberapa segmen di dalam Stage 4 Playgroup ini iaitu Circle Time, Warming Up Session, Story Circle, Music & Singing Time, Phonics Time, Active Play (yang akan mengandungi pelbagai aktiviti yang berbeza setiap minggu bagi menjana minda anak anda dengan cara yang menyeronokkan dan santai) dan juga Art Session bagi mengukuhkan kuasa otak kanan mereka. Selain itu, pihak GBOB juga akan menggunakan peralatan seperti ribbon streamers, balls, pingpong maracas, egg maracas, bubbles, wood sticks, bean bag, parachute play dan pelbagai instrumen muzik dalam kelas kami untuk menjadikan anak anda lebih kreatif dan berkeyakinan dalam pergaulan sosial.

Stage 4 ini akan mengambil masa 1 jam – 1 jam suku untuk satu sessi, sekali dalam seminggu.

5. Berapakah kosnya untuk saya mendaftarkan anak saya ke Playgroup @ GBOB ini?
Terdapat 2 kos yang perlu di bayar iaitu:

Yuran pendaftaran: RM 150 setahun (perlu di bayar sekali sahaja untuk tempoh setahun) dan anak anda akan menerima:

* Bag Non Woven Istimewa 
* Sehelai T-Shirt Playgroup Khas untuk anak anda. 
* Button Badge istimewa GBOB
* Kad Keahlian SuperKid
* Sticker kereta keluaran khas Genius Baby On Board

* Diskaun 5% untuk produk pendidikan & permainan*di GBOB untuk tempoh setahun.

* Voucher Diskaun Seminar ECE di GBOB

* Voucher Diskaun RM 5 tajaan Perfume For All

* Kupon Diskaun RM 5 tajaan Genius Baby On Board

* Pati haruman 2cc tajaan Perfume For All

* Brochure berkaitan

* produk2 terpilih shj. 

Yuran kelas: 



Full time Session: RM 50/kelas (perlu di bayar untuk 4 kelas sekaligus setiap bulan) menjadikan jumlahnya RM 200 sebulan.



Part Time Session: RM 55/ kelas

Jumlah Penuh (ketika pertama kali mendaftarkan diri): RM 350 sahaja (Full Time) & RM 150 sahaja (Part Time). 
 

*Untuk part time, RM 55 akan dibayar sebelum menghadiri kelas. *

6. Tempoh masa untuk menghabiskan 4 kelas tersebut?
Anda mesti menghabiskan 4 kelas Playgroup dalam tempoh 4 minggu berturut-turut  dari minggu PERTAMA anak anda menghadiri kelas Playgroupnya.  Sekiranya anda gagal untuk menghabiskan 4 kelas dalam tempoh yg diberikan itu, maka secara automatik, kelas tersebut akan hangus dan wang yang telah dibayar tidak akan dikembalikan.

7. Bagaimana dengan bulan kedua dan seterusnya?
Anda boleh membuat pembayaran sebanyak RM 200 untuk bulan kedua dan seterusnya pada setiap minggu terakhir kelas (minggu ke 4) anak anda hadir untuk sesuatu bulan tersebut. Ini bagi membolehkan pihak kami memastikan tempat anda untuk bulan seterusnya.

8. Maksimum pelajar dalam satu kelas & bagaimana jika kelas telah penuh?
Maksimum 10 orang kanak-kanak pada satu-satu masa untuk setiap Stage. Sekiranya tempat telah penuh nama anda akan di letakkan di bahagian menunggu (KIV) sehinggalah kelas baru dibuka (minimum 1 orang pelajar untuk membolehkan pihak kami membuka kelas baru bagi Stage 1 dan 3 orang pelajar bagi Stage 2-4) atau sehingga ada mana-mana kanak-kanak yang tidak mahu meneruskan kelas untuk bulan eterusnya Pihak kami akan sentiasa mengemaskini maklumat pejar kami untuk pengetahuan anda. .

9. Sekiranya anak saya bermula di Stage 1, apabila usianya meningkat, adakah dia akan terus dimasukkan ke Stage 2?
Ya, dalam tempoh setahun pendaftarannya, sekiranya ketika anda mendaftarkan anak anda, mereka berada di Level 1, apabila usia mereka meningkat, anak anda secara automatik akan dimasukkan ke Stage 2, 3 dan seterusnya mengikut usia anak, sehinggalah tamat tempoh pendaftaran setahun tersebut. Cthnya: November 2010 – November 2011.

10. Jadual kelas?
Berikut adalah jadual kelas untuk Setiap Level:

Hari: Setiap Hari Sabtu - LEVEL 4 (18 Months- 4 Years)
Waktu:
10 .00 am 

11.30 am

1.30 pm 

Hari: Setiap Hari Ahad -  LEVEL 2 & 3 
Waktu:
Level 2 (6-12 Months): 10 .00 am  
Level 3 (13 Months -18 Months): 11.30 am & 1.30 pm
 

*buat masa ini kelas Level 1 terpaksa dibekukan kerana slot untuk Level lain sudah padat dan tiada kekosongan waktu.

* sekiranya terdapat perubahan waktu kelas pada bila-bila masa, pihak GBOB akan memberitahu para ibu bapa lebih awal*

Di harap dengan adanya FAQ ini, dapatlah ia menjawab persoalan ibu bapa tentang Playgroup @ GBOB ini. Sekiranya terdapat apa-apa soalan lagi, pihak kami sedia menjawabnya. Emelkan pertanyaan anda ke geniusbabyonboard@gmail.com atau hubungi Watie di talian 016-20 333 40. Terima kasih.