Testimonial

Mimi Mommy Umairah

“Kami percaya bahawa pendidikan awal kanak-kanak sangat penting dan bertitik tolak dari prinsip ini, anak pertama kami, Zahrah Umairah Abdullah, 2 tahun 7 bulan dihantar menyertai Sesi Playgroup@GBOB semenjak berusia 8 bulan lagi. Hasil stimulasi menerusi pelbagai aktiviti play n learn di playgroup dan berterusan dipraktikkan di rumah, Umairah berjaya menguasai kemahiran awal kanak-kanak seperti playing skills, fine motor skills dan communication skills lebih awal dari kanak-kanak sebayanya.
Perkembangan yang sangat positif ini menyakinkan kami untuk terus menghantar anak kedua, Adam Mukhriz Abdullah, 1 tahun 5 bulan menyertai playgroup@GBOB semenjak berumur 5 bulan lagi. Kami ingin pastikan Adam turut menerima manfaat yang sama dan memastikan stimulasi awal yang diterima sepanjang di dalam kandungan diteruskan semaksimanya.
            Playgroup@GBOB banyak mengajar kami skill dan ilmu penting mengenai pendidikan awal kanak-kanak dan parentingyang memudahkan kami berinteraksi dengan anak-anak. Kami jadikan sesi playgroup@GBOB selama 45 minit sebagaiprecious time dengan anak-anak yang wajib kami penuhi yang membuatkan kami sentiasa komited dan konsisten menghantar anak-anak ke sesi playgroup@ GBOB ini setiap minggu.” –Puan Norzaimimi Zainol

Deqna Mommy Aish

“Hampir setahun Aish mengikuti Playgroup di GBOB. Dari umur 18 bulan dan kini Aish sudah 30 bulan banyak perubahan Aish yg dapat dilihat. Paling ketara apabila ingin meminta sesuatu Aish akan menyebut perkataan ‘Please’. Di Playgroup telah diajar kepada anak-anak apabila ingin meminta sesuatu haruslah menyebut perkataan ‘Please’. Sifat ini Aish implimenkan di rumah atau dimana-mana sahaja sehingga saya rasa ianya wajar di terapkan pada anak-anak.

Di Playgroup juga diajar bagaimana untuk ‘generate motorskill’. Banyak aktiviti yang dilakukan dapat membantu sifat kendiri dalam diri anak-anak. Contohnya mengunakan gunting dengan betul, memegang pensil dengan betul, penggunaan jari, tangan,kaki dan sebagainya.

Selain itu juga dengan mengunakan muzik serta kayu atau ‘stick’ anak – anak diperkenalkan dengan huruf hijayiah. Kadang – kadang Aish sebelum tidur dia akan ingat semua ‘aa,ee,uu, ba,bi,bu,’. Saya akan menyanyi bersama-sama dengannya. Ia jugak merupakan ‘bonding’ antara saya dan Aish sebelum tidur.

Tidak lupa juga ‘Ants on the Apple’ yang banyak membantu anak-anak bagaimana ‘alphabet’ di sebut dengan betul. Kadang – kadang dirumah sambil mandi Aish akan menyanyi lagu ‘Ants on the Apple’ dengan cara tersendiri. Ianya sangat mencuit hati saya.

Harapan ianya akan dapat berterusan di masa akan datang dengan bimbingan Teacher Watie. Dapat memantapkan lagi dari segi input-input yang bersesuaian dan berguna untuk anak-anak syurga Teacher Watie.”–Puan Norwaznati Abdul Rakeb

Testimonial & Appreciation Through Social Media & SMS.
We received lots of testimonial & appreciation from our clients about how Genius Baby On Board Playgroup had changed their child’s behaviour, interaction skills, overall development and the most important thing, the relationship between Parents & Child. We attached here some of the comments and we really thankful them for the sincere appreciation.